Selamat Datang

Monday, August 31, 2015

KISAH SEORANG PENDOA



Ketika Ku Mohon Pada Allah Kekuatan,

Allah Memberi Ku Kesulitan Agar Aku Menjadi Kuat.

Ketika KU Mohon Pada Allah Kebijaksaan,
Allah Memberi Ku Masalah Untuk Ku Pecahkan.

Ketika Ku Mohon Pada Allah Kesejahteraan,
Allah Memberi Ku Akal Untuk Berfikir.

Ketika Ku Mohon Pada Allah Keberanian,
Allah Memberi Ku Kondisi Bahaya Untuk Ku Atasi.

Ketika Ku Mohon Pada Allah Sebuah Cinta,
Allah Memberiku Orang-orang Bermasalah Untuk Ku Tolong.

Ketika Ku Mohon Pada Allah Bantuan,
Allah Memberikan Kesempatan.

Aku Tidak Menerima Apa Yang Aku Pinta,
Tapi Aku Menerima Apa Yang Aku Perlukan.
Doaku Sudah Terjawab.

Thursday, July 10, 2014

Surat Untuk Haris





Baju hijau pucuk masih tersarung indah pada tubuhku. Aku tersenyum namun hati beralun resah menyelongkar itu ini. Diari, dimanakah kamu? Diari itu terselit sepucuk surat yang aku simpan empat tahun lamanya. Surat itu juga aku harap dapat aku hulurkan pada manusia yang aku ingin dia baca dan tafsirkan. Surat yang aku tidak pasti perlu atau tidak aku berikan.


Di mana???! Arghh, suhu darahku sudah meningkat dek kerana amarah tidak berjumpa diari yang dicari. Sementara dia tidak melangkah masuk ke bilik ini, aku berharap akan cepat ketemu. Aku ingin membacanya buat kali terakhir sebelum aku lupuskan warkah itu dari alam nyata. Juga sebelum aku luputkan segala harapan dan impian agar bersemadi bersama perginya warkah empat tahun itu. Cepatlah!

Sunday, March 16, 2014

Kena Tipu

Tak sangka aku boleh kena tipu. Dengan FB page seramai 30k like, ditubuhkan pada 2007, kononnya berasal dari Bahau. Rupanya PENIPU!!

Jumlah kerugian RM 325 Ringgit.

Sape Penipu tu? Tak lain dan tak bukan


OTHMAN BIN ADAM
Maybank Akaun : 155032337784
No telefon : 014-2900800/017665707
Page Facebook : hensetmurah

Asalnya Pada 21 January 2014, aku nampak iklan HTC incredible S bewarna merah berharga RM 350 di Page Hensetmurah. Di sebabkan nak beli untuk besday kakak aku, so aku deal dengan die mintak kurang. Dah bank in lepas tu senyap.


Wednesday, February 26, 2014

Post Pertama

Bismillah. Catatan yang di tulis di sini merupakan pengalaman yg di lalui oleh penulis. InsyAllah Blog akan di Update dalam masa ke semasa